Jenis Gitar
Ada pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.
Di sini aku nak bincang 3 jenis gitar yang paling umum iaitu electrical
(gitar elektrik), acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan
gitar kapok) dan classical (gitar klasik). Baca pro dan cons jenis-jenis
gitar ini dan pilih gitar mengikut genre yang sesuai dengan muzik yang
anda mahu mainkan.
Gitar elektrik
electric-guitarSeperti nama, gitar yang memerlukan elekrtik untuk
berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk
la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar eletrik.
Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre
yang tak sah kalau takde electric guitar.
Kelebihan gitar elektrik:
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis
serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa
dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul
dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti
double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami
oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak
betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik.
Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.
Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar
amp. So kena masukkan amp dalam budget (rujuk “Kira Budget”).
Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250
biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak
dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan
yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena
pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari
tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang
harus dielakkan semasa main gitar.
B) Gitar Akustik
acoustic-guitarJuga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia
gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu
dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan
antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik
antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar
akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk
flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3
walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).
Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup
kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya,
sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string
yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau
dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.
Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje
gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama
yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.
(C) Gitar Klasik
classical_guitarKonsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.
Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.
Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard
yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai
jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih
mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah
jutaan RM.
Kesimpulan : Pilih gitar yang sesuah mengikut gaya, citarasa dan
genre anda. Kalau masih belum pasti, aku nasihatkan cuba gitar akustik.
Gitar akustik memang sukar dimain pada permulaan. Tetapi selepas
banyakkan latihan, dan setelah biasa dengan gitar akustik, lepas tu
99.9% anda dijamin takde masalah untuk main gitar elektrik. Kalau biasa
sangat main gitar lembut sekali kena akustik jari krem. Gunakan gauge
yang lebih halus. Biasanya pada kotak set tali gitar akustik tu ada
tulis “Heavy”, “Medium”, “Light”, “Extra Light” etc. Pilih tali “Extra
Light”. Tali jenis ini lebih senang nak main. Cuma bunyinya tidak sekuat
berbanding kalau guna medium atau heavy gauge strings. Pilih juga gitar
yang mempunyai body yang lebih kecik seperti OOO- (triple O) type atau
OO- (double O) type. Elakkan D-type atau Jumbo type.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar